BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
Ulasan:
Salam sejahtera saya ucapkan semua. Jadi, hari ini saya akan membuat satu ulasan berkaitan dengan proses penyiapan kalendar 2021 iaitu satu tugasan amali bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Bagi saya, proses ini boleh dikatakan tidak begitu mudah dan tidak juga begitu sukar. Apa yang paling penting ketika melaksanakan tugasan ini ialah KESABARAN. Sebabnya, ini adalah pertama kali saya menggunakan aplikasi Photoshop dalam komputer. Sebelum ini, saya hanya mengedit gambar melalui telefon pintar. Tapi, Alhamdulillah, saya berjaya juga siapkan kalendar untuk 2021. Jadi, saya ingin berikan beberapa ulasan atau mungkin boleh saya katakan luahan saya ketika melaksankan tugasan ini.
1. Install Photoshop seawal yang mungkin sebab saiz dia Ya Allah boleh bawa bergaduh. Saya tak ingat berapa saiz dia tapi sebab saya install format lama jadi saiz dia lebih kecil dalam 200MB macam tu. Saya pakai Adobe Photoshop CS6.
2. Kalau laptop penuh tolong kosongkan atau pindahkan dahulu file2 atau drama atau apa sahaja yang memenuhkan laptop anda. Sumpah, laptop hang masa mula2 guna aplikasi PS tu. Kalau laptop under 2k, memang kau akan belajar erti kesabaran masa pakai benda tu.
3. Fahami dan mantapkan cara penggunaan aplikasi PS. Sejujurnya, masa mula2 guna hari tu rasa macam nak give up,tak nak siapkan tugasan tu. Tapi bila dah faham konsep, cara semua tu, Alhamdulillah, saya dah mula jatuh cinta cewahhh dgn aplikasi tu. Plus, PS yang saya guna tak hang. Mungkin sebab laptop dah ringan.
4. Ok, yang terakhir bab save image as jpg or whatever benda tu, tak ingat, yang ni pun perlu kesabaran tinggi. Bagi laptop yang mahal or smooth mungkin take time around 5 minutes untuk save gambar tu. Tapi kalau laptop pernah masuk workshop, memang lama nak tunggu. Takdelah lama sangat dalam 10 minit macam tu.
Okay, sekian ulasan saya tentang proses melaksanakan tugasan membuat kalendar bagi tahun 2021. Jadi, di bawah ni saya akan lampirkan kalendar yang telah saya siapkan. Tak cantik tak kemas takpe janji kita belajar dan mendapat pengalaman tu.
Comments
Post a Comment