BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A

Jenis-jenis Shot


Bahagian B

Kepentingan Rule Of Thirds



Sebelum ini, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis shot. Walaubagaimanapun, pengetahuan tentang jenis-jenis shot tidak mencukupi bagi seseorang yang berminat dalam dunia penggambaran. Mereka perlu mengetahui tentang teknik mengambil gambar yang tepat iaitu Rule of Thirds. Teknik ini digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Melalui paparan LCD atau pemidang titik, teknik ini dapat mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang penting dalam elemen sesebuah foto. Rule of Thirds boleh dijadikan sebagai bayangan ketika membingkai foto iaitu melalui kotak grid. Unsur-unsur penting dalam gambar boleh diletakkan dekat garisan dan persimpangan grid. Tidak seperti teknik ini, seseorang perlu bergerak banyak untuk mendapatkan komposisi terbaik sewaktu menangkap gambar namun melalui teknik rule of thirds, tidak semua peraturan digunakan dalam situasi seperti fotografi. Teknik rule of thirds boleh menghasilkan foto yang lebih menarik. Oleh itu, pengetahuan tentang teknik penggambaran perlu dikuasai oleh seseorang yang mempunyai minat dalam seni ini agar dapat menjadikan kerja mereka lebih berkualiti.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM).

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3