BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku penulisannya, Multimedia dalam Bahasa, beliau telah menyatakan lima elemen asas grafik yang perlu diketahui sekiranya anda berminat dengan dunia multimedia. Lima elemen tersebut ialah:

1. Mudah
 Mudah merujuk kepada penglihatan tentang sesuatu gambar tersebut mestilah jelas dan mudah difahami. Secara ringkasnya, mesej yang ingin disampaikan mestilah bersifat mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.

2. Warna
Elemen ini merujuk kepada kombinasi warna di mana warna dalam sesuatu grafik sepatutnya tidak melebihi tiga warna. Namun, penggunaan warna bergantung kepada mesej atau objektif yang ingin disampaikan.

3. Teks
Penggunaan teks dalam sesuatu grafik mestilah mengambil kira jenis, saiz dan warna font serta kandungan dalam teks.

4. Kesesuaian
Elemen kesesuaian mestilah berkait rapat dengan latar iaitu latar tempat, masa dan watak dalam sesuatu foto atau video. 

5. Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada penggunaan ruang dalam sesuatu grafik iaitu ruang atas, bawah, kiri dan kanan. Penggunaan setiap ruang mestilah sekata atau sama berat.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY