RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Hari ini saya akan menyimpulkan 3 kajian tentang penulisan blog yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraein Mansor (2019) dalam buku mereka iaitu Eh!!! Media Sosial. Terdapat tiga objektif kajian dalam penulisan mereka iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

1. Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan


 Dalam kajian ini, terdapat 4 genre kesusasteraan yang menjadi topik utama kajian iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Sampel bagi kajian ini ialah golongan wanita dan lelaki. Saya mendapati, bagi keempat-empat genre sastera ini, golongan wanita paling mendominasi penggunaan blog dalam pengajian kesusasteraan berbanding lelaki. Genre yang paling banyak digunakan ialah cerita pendek kemudian skrip diikuti pantun dan akhir sekali ialah genre puisi. Responden menyatakan bahawa blog merupakan medium yang paling sesuai untuk menyatakan perasaan mereka melalui mana-mana genre sastera yang digemari.

2. Blog dalam Pembelajaran Bahasa


Bagi kajian ini, terdapat 3 cara pembelajaran bahasa yang dinyatakan iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Golongan wanita sekali lagi menguasai ketiga-tiga cara pembelajaran Bahasa melalui blog. Cara yang paling banyak digunakan oleh kedua-dua golongan ialah meluahkan perasaan. Seterusnya diikuti dengan menulis teka-teki. Meskipun penulisan surat dalam blog adalah tujuan yang paling rendah, namun ia masih digunapakai bagi tujuan penulisan blog. Kesimpulannya, saya mendapati golongan wanita dan lelaki menggunakan blog untuk menulis surat, meluahkan perasaan dan membuat teka-teki.

3. Blog dalam Pembelajaran Teknologi



Kajian ini memaparkan aspek yang dimasukkan oleh responden di dalam penulisan blog mereka. Tiga aspek tersebut ialah video, audio dan fotografi. Saya mendapati bahawa antara ketiga-tiga aspek tersebut, kesemua responden lelaki dan wanita memilih video dan audio untuk diletakkan dalam penulisan blog mereka manakala aspek fotografi didominasi oleh golongan wanita berbanding lelaki. Kesimpulannya, responden menggunakan video, audio dan fotografi dalam penulisan blog mereka.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim & Noraein Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY