MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Menurut Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), dalam buku Ehh!!! Media Sosial, terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram. Antaranya ialah,instagram membantu subjek kajian dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Seterusnya, penggunaan Instagram juga memberi peluang kepada mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Mereka juga akan mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Selain itu, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Di samping itu, pengajar akan dapat mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, kajian tersebut akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.



Rujukan

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY