Ulasan: Salam sejahtera saya ucapkan semua. Jadi, hari ini saya akan membuat satu ulasan berkaitan dengan proses penyiapan kalendar 2021 iaitu satu tugasan amali bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Bagi saya, proses ini boleh dikatakan tidak begitu mudah dan tidak juga begitu sukar. Apa yang paling penting ketika melaksanakan tugasan ini ialah KESABARAN. Sebabnya, ini adalah pertama kali saya menggunakan aplikasi Photoshop dalam komputer. Sebelum ini, saya hanya mengedit gambar melalui telefon pintar. Tapi, Alhamdulillah, saya berjaya juga siapkan kalendar untuk 2021. Jadi, saya ingin berikan beberapa ulasan atau mungkin boleh saya katakan luahan saya ketika melaksankan tugasan ini. 1. Install Photoshop seawal yang mungkin sebab saiz dia Ya Allah boleh bawa bergaduh. Saya tak ingat berapa saiz dia tapi sebab saya install format lama jadi saiz dia lebih kecil dalam 200MB macam tu. Saya pakai Adobe Photoshop CS6. 2. Kalau laptop penuh tolong kosongkan atau pindahkan...
Assalamualaikum.. Ini adalah blog saya yang pertama setelah saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa. Jadi, buat pertama kalinya saya ingin bercerita sedikit tentang diri saya. Sebelum tu, nama saya Noor EmmyWatie Binti Kasiman. Korang boleh panggil saya Emmy. Saya berusia 21 tahun dan sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya kini berada di tahun kedua pengajian saya dan tidak lama lagi saya bakal bergelar graduan, In shaa Allah. Saya mempunyai lima orang adik-beradik. Ayah saya seorang petani yang sangat rajin dan ibu saya pula seorang suri rumah yang bertanggungjawab. Saya suka membaca dan menulis apa sahaja tentang kehidupan jika ada kelapangan masa dan saya bercita-cita ingin menjadi seorang penulis. Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan tentang diri saya. Jika ada kelapangan, sudilah memberi komen atau tujuk ajar kepada saya yang baru sahaja mengenali dunia blogger ini. Terima kasih semua.
Berdasarkan Cerita Sosial 2, dalam buku Kajian Wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis namun saya hanya akan menyatakan 3 daripada nilai tersebut sebagai memenuhi kehendak tugasan. Nilai yang pertama ialah menjaga kebersihan. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui sikap ibu Alim. Semasa keluarga Alim menikmati buah-buahan yang dibawa oleh ayah, ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan itu. Ibu juga berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata tempat. Nilai yang kedua ialah bersedekah atau berkongsi makanan dengan jiran. Nilai ini ditunjukkan oleh sikap Alim. Dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berkongsi makanan iaitu buah-buahan yang dibeli ayah kepada Sulaiman, jiran sebelah rumah mereka. Alim mengatakan bahawa berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Nilai yang ketiga ialah sikap tolong-menolong. Nilai ini dapat dibuktikan melalui Ali...
Comments
Post a Comment