BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5
Terdapat banyak nilai murni yang disampaikan dalam Cerita Sosial 5 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (Normaliza Abd Rahim, 2019). Nilai yang pertama ialah rajin menimba ilmu. Nilai ini ditunjukkan melalui sikap Alim yang suka membaca buku pada waktu petang dan malam. Nilai yang kedua ialah sikap pemurah. Contohnya, Alim yang suka berkongsi apa sahaja yang dia ada dengan Sulaiman, jirannya. Begitu juga dengan Sulaiman yang selalu berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim. Nilai yang terakhir ialah sikap tidak suka merungut. Contohnya, ketika Alim jatuh sakit, dia tidak banyak bercakap dan hanya tidur di bilik sahaja.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Comments
Post a Comment