BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2109) 4



Cerita Sosial 4: Hati yang ditulis dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (Normaliza Abd Rahim, 2019) memaparkan banyak nilai murni. Antaranya ialah sikap berdikari. Nilai ini dapat dibuktikan melalui watak Alim. Walaupun dia masih kecil, dia sudah pandai memakai kasut sekolah, membawa botol air ke sekolah, mengemas katil dan banyak lagi. Seterusnya, terdapat juga nilai menghormati. Contohnya, Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua, mengucapkan terima kasih dan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Nilai yang terakhir ialah baik hati. Nilai ini ditunjukkan melalui sikap cikgu Anis. Cikgu Anis selalu mengajar Alim dan rakan-rakan sekelas Alim tentang perkara-perkara yang baik. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY