BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 8.
Berdasarkan Cerita Sosial 2, dalam buku Kajian Wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis namun saya hanya akan menyatakan 3 daripada nilai tersebut sebagai memenuhi kehendak tugasan.
Nilai yang pertama ialah menjaga kebersihan. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui sikap ibu Alim. Semasa keluarga Alim menikmati buah-buahan yang dibawa oleh ayah, ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan itu. Ibu juga berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata tempat.
Nilai yang kedua ialah bersedekah atau berkongsi makanan dengan jiran. Nilai ini ditunjukkan oleh sikap Alim. Dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berkongsi makanan iaitu buah-buahan yang dibeli ayah kepada Sulaiman, jiran sebelah rumah mereka. Alim mengatakan bahawa berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik.
Nilai yang ketiga ialah sikap tolong-menolong. Nilai ini dapat dibuktikan melalui Alim yang menolong adik-beradiknya dan juga ibu dan bapa mengemaskan rumah setelah selesai makan. Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke luar rumah.
Kesimpulannya, Cerita Sosial 2 ini membawa banyak nilai murni yang ingin disampaikan oleh pembaca.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit
Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Comments
Post a Comment