BBM3410sATU2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Twitter merupakan salah satu laman sosial yang paling popular dan banyak digunapakai masyarakat dunia khususnya golongan remaja. Normaliza Abd Rahim, 2014 mengatakan bahawa individu lebih cenderung menulis penceritaan secara sendirian. Namun begitu, penulisan individu ternyata lebih besar cabarannya kerana sesetengah orang mempunyai keyakinan diri yang rendah dan tidak positif apabila ceritanya dibaca oleh orang lain. Hal ini demikian menyebabkan mereka tidak sudi berkongsi cerita mereka dalam Twitter untuk dijadikan bahan bacaan orang lain. Pada tahun yang berbeza iaitu 2017, Normaliza Abd Rahim bersama Noraien Mansor dalam buku Ehh Media Sosial masing-masing berpendapat sama bahawa pelajar lebih suka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini bagi menjadikan mereka lebih fokus dan tidak berasa bosan semasa proses pembelajaran juga untuk mengelakkan salah faham dalam pengajaran. Apa yang dapat dirumuskan dalam kedua-dua rujukan ini ialah, twitter merupakan medium penting yang dimaksudkan dalam penulisan Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor. Orang ramai khususnya generasi muda dalam kalangan pelajar suka menulis cerita dalam laman Twitter kerana mereka lebih senang berkongsi rasa dan luahan dalam twitter. Tambahan lagi, penulisan dalam twitter dapat membina keyakinan mereka dalam penulisan.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).
Comments
Post a Comment