Ulasan: Salam sejahtera saya ucapkan semua. Jadi, hari ini saya akan membuat satu ulasan berkaitan dengan proses penyiapan kalendar 2021 iaitu satu tugasan amali bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Bagi saya, proses ini boleh dikatakan tidak begitu mudah dan tidak juga begitu sukar. Apa yang paling penting ketika melaksanakan tugasan ini ialah KESABARAN. Sebabnya, ini adalah pertama kali saya menggunakan aplikasi Photoshop dalam komputer. Sebelum ini, saya hanya mengedit gambar melalui telefon pintar. Tapi, Alhamdulillah, saya berjaya juga siapkan kalendar untuk 2021. Jadi, saya ingin berikan beberapa ulasan atau mungkin boleh saya katakan luahan saya ketika melaksankan tugasan ini. 1. Install Photoshop seawal yang mungkin sebab saiz dia Ya Allah boleh bawa bergaduh. Saya tak ingat berapa saiz dia tapi sebab saya install format lama jadi saiz dia lebih kecil dalam 200MB macam tu. Saya pakai Adobe Photoshop CS6. 2. Kalau laptop penuh tolong kosongkan atau pindahkan...
Bahagian A Jenis-jenis Shot Bahagian B Kepentingan Rule Of Thirds Sebelum ini, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis shot. Walaubagaimanapun, pengetahuan tentang jenis-jenis shot tidak mencukupi bagi seseorang yang berminat dalam dunia penggambaran. Mereka perlu mengetahui tentang teknik mengambil gambar yang tepat iaitu Rule of Thirds. Teknik ini digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Melalui paparan LCD atau pemidang titik, teknik ini dapat mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang penting dalam elemen sesebuah foto. Rule of Thirds boleh dijadikan sebagai bayangan ketika membingkai foto iaitu melalui kotak grid. Unsur-unsur penting dalam gambar boleh diletakkan dekat garisan dan persimpangan grid. Tidak seperti teknik ini, seseorang perlu bergerak banyak untuk mendapatkan komposisi terbaik sewaktu menangkap gambar n...
Perbezaan kajian Facebook dan Twitter: - Menurut Bicen & Cavus, pelajar menggunakan twitter untuk mengemas kini rutin dan menyatakan emosi mereka dengan menggunakan bahasa yang sesuai. - Menurut Madge (2019) pula, Facebook pula sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal bukannya alat pembelajaran formal. - Dunlap & Lowenthall (2019) menyatakan bahawa Twitter memberi impak besar dalam meningkatkan kehadiran sosial. - Blatner & Fiori (2009) pula menyatakan bahawa Facebook berkongsi faedah interaksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik melalui penggunaan kumpulan di Facebook. - Elavsky & Mislan (2011) menyatakan bahawa Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh manakala Blattner & Lomicka (2012) dalam kajian Facebook menyatakan bahawa pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka serta bacaan dan kebolehan menulis mereka dalam bahasa ...
Comments
Post a Comment