Posts

Showing posts from March, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Dalam video di atas, kami telah memaparkan 20 gambar yang berbeza dengan tema yang sama. Terdapat empat teknik fotografi yang kami gunakan semasa menangkap gambar tersebut iaitu, Jenis-jenis Flatlay: 1. Flatlay - 90' 2. Half Flatlay - 45' 3. Quarter Flatlay - 22.5' 4. Zero Fflatlay- 0'

BBM3410Satu2020:ASAS FOTOGRAFI

ASAS FOTOGRAFI Video di atas merupakan video kumpulan saya. Video ini memaparkan gambar-gambar yang diambil oleh ahli kumpulan saya yang menggunakan teknik fotografi yang telah dipelajari.

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Image
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK 1977) _____________________________________________________________________ Struktur Makro Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati  daripada topik/tema suatu teks ______________________________________________________________________ Superstruktur  Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan ______________________________________________________________________ Struktur Mikro Makna lokal daripada suatu teks yang dapay diamati  Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks ______________________________________________________________________ Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa teori yang telah digunakan antaranya teori analisis wacana kritis. Teori Analisis Wacana Kritis telah dibahagikan kepada beberapa elemen oleh VanDijk (1977) iaitu makro dan mikro,

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Image
Menurut Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), dalam buku Ehh!!! Media Sosial, terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram . Antaranya ialah,instagram membantu subjek kajian dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Seterusnya, penggunaan Instagram juga memberi peluang kepada mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Mereka juga akan mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Selain itu, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Di samping itu, pengajar akan dapat mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, kajian tersebut akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Rujukan Noraein Mansor & Normaliza Abd R

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Image
Hari ini saya akan menyimpulkan 3 kajian tentang penulisan blog yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraein Mansor (2019) dalam buku mereka iaitu Eh!!! Media Sosial. Terdapat tiga objektif kajian dalam penulisan mereka iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. 1. Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan  Dalam kajian ini, terdapat 4 genre kesusasteraan yang menjadi topik utama kajian iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Sampel bagi kajian ini ialah golongan wanita dan lelaki. Saya mendapati, bagi keempat-empat genre sastera ini, golongan wanita paling mendominasi penggunaan blog dalam pengajian kesusasteraan berbanding lelaki. Genre yang paling banyak digunakan ialah cerita pendek kemudian skrip diikuti pantun dan akhir sekali ialah genre puisi. Responden menyatakan bahawa blog merupakan medium yang paling sesuai untuk menyatakan perasaan mereka melalui mana-mana genre sastera yang digemari. 2. B

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Image
Taks onomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977) Strategi Pengelakan atau Pengurangan 1. Pengabaian/Peninggalan mesej 2.Pengelakan topik Achievement or Compensatory Strategies ( Pencapaian atau Strategi Pampasan) 3. Parafrasa (Circumlocution) 4. Penghampiran 5. Penggunaan perkataan semua tujuan 6. Cipta perkataan baharu ( Word-coinage) 7. Penstrukturan semula / penggunaan kaedah bukan Bahasa (Use of non linguistic means) 8. Terjemahan literal 9. Pengantarabangsaan 10. Pertukaran mod 11. Meminta pertolongan,penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies (Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu) 12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ Strategi Penanda (hesitation devices) Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, beliau menyatakan 12 taksonomi strategi Komunikasi mengikut Dornyei & Scott (1997). Rujukan Normaliza Abd Rahim

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

Image

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Image
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku penulisannya, Multimedia dalam Bahasa, beliau telah menyatakan lima elemen asas grafik yang perlu diketahui sekiranya anda berminat dengan dunia multimedia. Lima elemen tersebut ialah: 1. Mudah  Mudah merujuk kepada penglihatan tentang sesuatu gambar tersebut mestilah jelas dan mudah difahami. Secara ringkasnya, mesej yang ingin disampaikan mestilah bersifat mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. 2. Warna Elemen ini merujuk kepada kombinasi warna di mana warna dalam sesuatu grafik sepatutnya tidak melebihi tiga warna. Namun, penggunaan warna bergantung kepada mesej atau objektif yang ingin disampaikan. 3. Teks Penggunaan teks dalam sesuatu grafik mestilah mengambil kira jenis, saiz dan warna font serta kandungan dalam teks. 4. Kesesuaian Elemen kesesuaian mestilah berkait rapat dengan latar iaitu latar tempat, masa dan watak dalam sesuatu foto atau video.  5. Keseimbangan Keseimbangan merujuk kepada pe