BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum.. Ini adalah blog saya yang pertama setelah saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa. Jadi, buat pertama kalinya saya ingin bercerita sedikit tentang diri saya. Sebelum tu, nama saya Noor EmmyWatie Binti Kasiman. Korang boleh panggil saya Emmy.  Saya berusia 21 tahun dan sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya kini berada di tahun kedua pengajian saya dan tidak lama lagi saya bakal bergelar graduan, In shaa Allah. Saya mempunyai lima orang adik-beradik. Ayah saya seorang petani yang sangat rajin dan ibu saya pula seorang suri rumah yang bertanggungjawab. Saya suka membaca dan menulis apa sahaja tentang kehidupan jika ada kelapangan masa dan saya bercita-cita ingin menjadi seorang penulis. Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan tentang diri saya. Jika ada kelapangan, sudilah memberi komen atau tujuk ajar kepada saya yang baru sahaja mengenali dunia blogger ini. Terima kasih semua.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY