BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
Normaliza Abd Rahim (2014) menyeneraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan Pendidikan.
Berdasarkan 10 cara menulis blog yang dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014), penulisan ini sangat penting untuk menarik perhatian pembaca terhadap sesebuah penulisan . Secara jelasnya, penulisan blog mestilah mempunyai unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas. Unsur seperti tajuk dan cerita yang menarik adalah sangat penting dan ia merupakan eleman awal yang akan dilihat dan dinilai oleh pembaca di luar sana. Tajuk sepatutnya tidak terlalu panjang atau mempunyai unsur yang boleh dipersoalkan oleh pembaca. Sebagai contoh, 'Khasiat Kopi' sudah memadai dijadikan tajuk utama kerana tajuk tersebut jelas dan mudah difahami. Tajuk seperti ' Adakah Kopi Baik untuk Kesihatan?' kurang sesuai kerana tajuk ini memerlukan pembaca untuk mempertimbangkan pembacaan mereka terhadap penulisan seumpama ini. Selain itu, unsur humor atau jenaka perlu diletakkan dalam sesebuah penulisan namun ianya tidak perlu secara menyeluruh. Cukup sekadar untuk menghilangkan kebosanan pembaca sekiranya topik yang dibincangkan bersifat fakta secara keseluruhannya. Seseorang penulis juga perlu menyatakan hujah yang terbaik untuk membuatkan pembaca meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap penulisan tersebut. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang perlulah ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca tergolong daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, unsur moral dan estetika serta unsur keilmuan adalah elemen yang perlu dititikberatkan oleh penulis. Sesebuah penulisan tanpa unsur keilmuan dianggap tidak berfaedah. Oleh itu, seseorang penulis yang ingin menyiarkan penulisan mereka dalam blog perlu mempelajari dan mempraktikkan 10 cara penulisan blog yang dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Hollenbaugh, E. E., & Ferris, A. L. (2014). Facebook Self-disclosure: Examining the Role of Traits, Social Cohension, and Motives. Computers in Human Behavior, 2014; 30(0): 50-58.
Comments
Post a Comment