BBM3410Satu2020: KELUARGAKU BAHAGIAKU






Assalamualaikum semua pembaca. Sekali lagi saya ingin memunculkan diri dalam dunia penulisan blogger. Diharapkan semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Hari ini saya ingin bercerita tentang keluarga saya. Apakah makna keluarga bagi anda? Adakah ia sekadar orang yang paling dekat dengan kita atau hanya orang yang menyebabkan kita berada di dunia ini? Bagi saya, keluarga ialah segala-galanya dalam hidup saya. Tanpa mereka aku ibarat sepohon kayu tanpa daun dan akar. Jadi, sebelum saya menulis tentang keluarga saya, saya ingin menasihati pembaca di luar sana agar sentiasa menyayangi dan mencintai keluarga.

Ayah saya bernama Kasiman. Beliau berusia 56 tahun dan dilahirkan di Kampung Delayan Lama. Ayah saya seorang petani yang sangat rajin. Setiap hari seawal subuh, ayah akan turun ke sawah untuk meyiram hasil tanaman. Walaupun penat, ayah tidak pernah mengeluh. Ibu saya pula bernama Rumini. Ibu saya berusia 48 tahun dan bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Ibu saya seorang yang penyabar melayan kerenah anak-anaknya. Kadang-kadang ibu akan membantu ayah di sawah jika ada kelapangan. Saya sangat sayang akan ibu dan ayah. Bagi saya, mereka lah separuh nyawa saya.

Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Kakak sulung saya bernama Sharina dan dia kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan selepas selesai tempoh pengajian dua tahun yang lalu. Kakak saya berusia 27 tahun dan sedang bekerja sambilan. Abang sulung saya bernama Fhaienin dan dia berusia 25 tahun. Walaupun kami jarang berjumpa kerana abang saya bekerja di negeri lain, dia tetap menyokong saya dari segi kewangan. Adik perempuan bongsu saya bernama Siti Zulaika yang baru sahaja tamat SPM sedang menunggu panggilan daripada universiti awam. Adik lelaki bongsu saya bernama Amir. Dia berusia 16 tahun dan sedang belajar di Kolej Vokasional Keningau.

Inilah serba sedikit perkongsian tentang keluarga saya. Saya sangat menyayangi mereka dan saya berharap agar kami disatukan di dalam syurga bersama-sama nanti. In shaa Allah. Sekian sahaja untuk hari ini. Terima kasih semua.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3