BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Hi, korang mesti ada yang suka baca cerpen kan? Jadi, hari ini, saya nak menulis sinopsis sebuah cerita sosial yang saya telah baca baru-baru ini. Cerita sosial ini bertajuk Nenek dan Datuk yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dalam buku beliau iaitu Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Cerita ini mengisahkan tentang seorang Budak bernama Alim yang sangat suka akan suasana kampung. Alim masih lagi Budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Sewaktu cuti, Alim sekeluarga pulang ke kampung nenek dan datuk mereka di Kajang. Alim suka bermain dengan haiwan ternakan nenek dan datuk iaitu itik dan ayam. Setiba di kampung, Alim berasa sedih sehingga menangis kerana dia tidak lagi melihat ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya. Nenek memberi kejutan kepada Alim dengan menunjukkan sebuah reban ayam dan itik yang baru dibuat oleh datuk. Alim sangat gembira kerana dia menyangka ayam dan itik datuknya sudah mati. Alim juga sedih apabila melihat keadaan di dalam rumah datuk dan nenek sudah berubah. Mujurlah nenek pandai memujuk Alim yang serba tidak tahu. Budak sekecil Alim perlukan penerangan setiap apa yang dilihatnya baru. Kesimpulannya, cerita datuk dan nenek ini merungkaikan tentang kisah Alim yang diasak dengan pelbagai persoalan tentang perubahan yang berlaku di kampung datuk dan nenek.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY