BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR. NORMALAIZA ABD RAHIM

Cerita sosial 2 yang ditulis dalam buku wacana Prof Dr. Normaliza Abd Rahim mengisahkan tentang nasihat-nasihat yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Alim seorang anak yang baik dan dia selalu ingat akan pesan ibunya. Semasa bapa Alim pulang membawa buah-buahan, mereka sekeluarga makan bersama-sama. Alim, bapa, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah sama-sama makan buah-buahan yang dibawa bapa. Ibu berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang kulit buah merata tempat. Alim juga ingat pesan ibunya untuk berkongsi makanan dengan orang lain terutamanya dengan jiran sendiri. Oleh itu, Alim telah memberi sedikit buah-buahan kepada kawan baiknya yang juga jirannya iaitu Sulaiman. Alim menyedari bahawa amalan berkongsi itu amalan yang baik. Ibu selalu pesan agar sentiasa berbuat baik sesama jiran. Alim juga seorang budak yang rajin. Dia membantu ibu dan bapanya mengemas rumah. Semasa mengemas, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman . Mak Cik Timah memuji sikap baik Alim. Kesimpulannya, sikap Alim perlu diteladani oleh semua orang kerana sikap Alim merupakan amalan yang mulia.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia 

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY