BBM3410Satu2020: Asas Grafik
Assalamualaikum semua. Sekali lagi saya ingin menulis tentang aktiviti yang telah saya sempurnakan bersama-sama ahli kumpulan saya pada hari ini bagi kursus Multimedia ini. Sebelum tu, nampak tak gambar dekat atas tu? Hah, inilah hasil kerja kumpulan kami yang saya maksudkan tu. Cantik ke tak cantik? Jadi hari ni sebenarnya saya nak bercerita tentang proses yang berlaku sebelum, semasa dan selepas melaksanakan projek 3 jam ini.
Untuk menyiapkan tugasan ini, alatan yang diperlukan ialah seperti
1) Majalah terpakai berukuran A5
2) Gunting
3) Pembaris
4) Mounting Board
5) Gam
6) Pisau Lipat
7) Reben
8) Penebuk lubang
Baiklah, saya mulakan dengan langkah yang pertama iaitu pengenalpastian 5 keping gambar yang terdapat dalam majalah yang berkaitan dengan 5 asas grafik iaitu mudah, teks, warna, kesesuaian dan keseimbangan. Gambar tersebut perlu dipersetujui oleh Dr terlebih dahulu.
Keseimbangan |
Mudah |
Warna |
Kesesuaian
|
Teks |
Setelah memilih 5 gambar seperti yang terpapar di atas, kami terus melekatkan gambar pilihan tersebut ke atas mounting board yang telah siap dipotong. Kami juga menggunakan teks daripada majalah untuk mencipta nama, no matrik dan tema gambar.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya amat menyedari kerjasama dalam kumpulan sangat penting untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya semua kerana sangat rajin dan bersedia membantu. Terima kasih ahli kumpulan saya
Sekian sahaja untuk perkongsian saya hari ini. Semoga kerja yang kami siapkan pada hari ini dterima oleh Prof Normaliza dengan hati yang lapang dan senyuman yang manis.

Comments
Post a Comment