MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA
Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak
Keluarga
Keluarga
Saya berasa berpuas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Saya sangat suka membantu ibu bapa di rumah. Bagi saya, menolong kedua-dua orang tua saya dapat meringkan beban mereka dan mampu mengembirakan saya. Pada hujung minggu, seawall pagi saya akan menolong ibu membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu halaman rumah, menyiram pokok bunga, mencuci pinggan dan kadang-kadang memasak. Pada sebelah petang pula saya suka mengikuti ayah ke kebun. Saya akan membantu ayah membersihkan kawasan kebun. Walaupun saya hanya dapat membantu ibu dan ayah pada hujung minggu namun saya tetap meringkan tulang membantu mereka setelah pulang dari sekolah. Senyuman mereka membuatkan penat Lelah saya hilang serta-merta. Saya juga tida pernah berkira dengan adik beradik saya. Jika saya mampu menolong, saya akan hulurkan bantuan semampu yang boleh. Begitu juga dengan saudara saya. Walaupun kami sering bergaduh, namun kami sentiasa tolong menolong antara adik-beradik. Saya sangat percaya air dicincang tidak akan putus. Saya sangat berharap agar pertolongan kecil saya ini mampu membahagikan kedua-dua ibu bapa saya dan juga adik-beradik saya. Saya sayang mereka semua dunia akhirat.
Comments
Post a Comment