BBM3410Satu2020: Blanket Test

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ini saya nak share satu cerita atau lebih mesra dikatakan sebagai Blanket Test semasa proses pembelajaran di dalam kelas Multimedia . Hari ini, Prof Normaliza dengan jelasnya telah menerangkan kepada saya dan juga kawan sekelas yang lain tentang asas grafik. Sebelum itu Prof ada menyuruh kami untuk membaca terlebih dahulu topik ini sebelum sesi pembelajaran bermula. Jadi, tidak hairanlah sekiranya banyak pelajar yang dapat menjawab soalan Prof nanti. Namun,..namun begitu, soalan yang Prof ajukan kepada kami adakalanya tidak berkaitan langsung tentang asas grafik sebaliknya Prof bertanya tentang struktur teks seperti halaman, berapa ayat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya agak kecewa apabila saya cuba menjawab soalan yang Prof tanyakan iaitu apakah maksud kesesuaian dalam grafik?, jawapan saya tidak diterima walaupun saya mengambilnya dari teks. Tapi syukurlah, tiga orang ahli dalam kumpulan saya dapat menjawab soalan Prof dengan baik. Soalan pertama berjaya dijawab oleh Pika. Pika menerangkan tentang elemen penting dalam asas grafik atau lebih terperinci berapa elemen dalam asas grafik. Seterusnya, Haziq juga dapat menjelaskan tentang makna teks dalam gambar yang dipaparkan di skrin LCD hadapan kelas. Soalan terakhir juga dapat dijawab dengan baik oleh rakan sekumpulan saya iaitu Zul. Zul menjelaskan tentang makna kesesuaian yang terdapat dalam gambar yang dipaparkan. Saya sangat gembira kerana rakan-rakan sekumpulan saya sangat berani dan bijak. Walaupun suasana kelas agak bingit dengan suara tawa para pelajar, namun saya sangat suka akan situasi seperti yang ditimbulkan oleh Prof. Rasanya, itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk penulisan blog saya pada hari ini. Terima kasih sudi membaca.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY