Posts

Showing posts from April, 2020

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN

Image
Rujukan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial . Terengganu. Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan  ke 8.  Berdasarkan Cerita Sosial 2, dalam buku Kajian Wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis namun saya hanya akan menyatakan 3 daripada nilai tersebut sebagai memenuhi kehendak tugasan.  Nilai yang pertama ialah menjaga kebersihan. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui sikap ibu Alim. Semasa keluarga Alim menikmati buah-buahan yang dibawa oleh ayah, ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan itu. Ibu juga berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata tempat. Nilai yang kedua ialah bersedekah atau berkongsi makanan dengan jiran. Nilai ini ditunjukkan oleh sikap Alim. Dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berkongsi makanan iaitu buah-buahan yang dibeli ayah kepada Sulaiman, jiran sebelah rumah mereka. Alim mengatakan bahawa berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Nilai yang ketiga ialah sikap tolong-menolo

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Image
Bahagian A Nama: Noor EmmyWatie Binti Kasiman No. Matrik: 197266 STRATEGI KESOPANAN Bald on-record Contoh: Bersedia! Dengar sini… Berikan saya bakul besar itu. Lampu itu berwarna hijau. Jemput masuk. Jemput makan. Kesopanan Positif Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong? Boleh saya pinjam serratus ringgit? Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan? Kesopanan Negatif Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin! Tolong berikan saya pinggan putih itu! Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan? Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan. Off-record Wah, semakin sejuk dalam bilik ini. Mahal betul harga kasut di sini. Cantik baju kamu.  Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) Bahagian B Ringkasan cerita sosial 2 Cerita sosial 2 yang ditulis dalam buku wacana Prof Dr. Normaliza Abd Rahim mengisahkan tentang nasihat-nasihat yang diber

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Image
Bahagian A Jenis-jenis Shot Bahagian B Kepentingan Rule Of Thirds Sebelum ini, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis shot. Walaubagaimanapun, pengetahuan tentang jenis-jenis shot tidak mencukupi bagi seseorang yang berminat dalam dunia penggambaran. Mereka perlu mengetahui tentang teknik mengambil gambar yang tepat iaitu Rule of Thirds. Teknik ini digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Melalui paparan LCD atau pemidang titik, teknik ini dapat mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang penting dalam elemen sesebuah foto. Rule of Thirds boleh dijadikan sebagai bayangan ketika membingkai foto iaitu melalui kotak grid. Unsur-unsur penting dalam gambar boleh diletakkan dekat garisan dan persimpangan grid. Tidak seperti teknik ini, seseorang perlu bergerak banyak untuk mendapatkan komposisi terbaik sewaktu menangkap gambar n

BBM3410sATU2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Image
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.  (Normaliza Abd Rahim, 2014) Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017) Twitter merupakan salah satu laman sosial yang paling popular dan banyak digunapakai masyarakat dunia khususnya golongan remaja. Normaliza Abd Rahim, 2014 mengatakan bahawa individu lebih cenderung menulis penceritaan secara sendirian. Namun begitu, penulisan individu ternyata lebih besar cabarannya kerana sesetengah orang mempunyai keyakinan diri yang rendah d

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Image
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).Eh!!! Media Sosial. Terengganu, Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3401Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Image
PPT Bab 1 : Pekaka Bercerita : Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu PPT Bab 2 : Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Image
Assalamualaikum semua pembaca di luar sana. Hari ini saya nak berkongsi sedikit kegembiraan saya. Sebenarnya dah lama kegembiraan ni tapi baru berkesempatan untuk meluahkannya sekarang. Haaa, apa benda yang boleh buat korang rasa gembira tak terkata? Bagi saya dapat like dari Prof adalah satu kegembiraan yang sukar dijelaskan. Maklumlah Prof kata tak selalu buka instagram, sekali seminggu lah katakan. Walaupun Prof tak like semua gambar saya (heheeh, dah dapat paha, nak betis pula) tapi saya sangat bersyukur. Tambahan lagi bila Prof dengan rajinnya letakkan komen dalam gambar saya. Ya Allah, terharunya. Siap puji lagi gambar swafoto. Siapa yang tak gembira kan? Nampaknya tak sia-sia saya berswafoto sebanyak 10 keping. Hahahaha. Oklah, itu sahaja yang sudi saya kongsikan untuk kali ini.Terima kasih Prof sudi like dan comment gambar saya. Saya sayang Prof!

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

Pada minggu ke-5 sesi pembelajaran kelas Multimedia dalam Bahasa, Prof. Normaliza telah mengarahkan setiap ahli dalam setiap kumpulan memilih satu simpulan bahasa yang sesuai. Setelah memilih simpulan bahasa yang berkenaan, Prof menyuruh kami mengambil aksi berdasarkan maksud simpulan bahasa yang dipilih. Saya telah memilih "puteri lilin' yang bermaksud seseorang yang tidak suka berada di bawah terik matahari. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya yang lain. Video di atas menunjukkan gabingan kesemua ahli kumpulan saya dengan aksi mengikut simpulan bahasa yang dipilih masing-masing. Selamat menonton!