Posts

Showing posts from 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Image
Ulasan: Salam sejahtera saya ucapkan semua. Jadi, hari ini saya akan membuat satu ulasan berkaitan dengan proses penyiapan kalendar 2021 iaitu satu tugasan amali bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Bagi saya, proses ini boleh dikatakan tidak begitu mudah dan tidak juga begitu sukar. Apa yang paling penting ketika melaksanakan tugasan ini ialah KESABARAN. Sebabnya, ini adalah pertama kali saya menggunakan aplikasi Photoshop dalam komputer. Sebelum ini, saya hanya mengedit gambar melalui telefon pintar. Tapi, Alhamdulillah, saya berjaya juga siapkan kalendar untuk 2021. Jadi, saya ingin berikan beberapa ulasan atau mungkin boleh saya katakan luahan saya ketika melaksankan tugasan ini. 1. Install Photoshop seawal yang mungkin sebab saiz dia Ya Allah boleh bawa bergaduh. Saya tak ingat berapa saiz dia tapi sebab saya install format lama jadi saiz dia lebih kecil dalam 200MB macam tu. Saya pakai Adobe Photoshop CS6. 2. Kalau laptop penuh tolong kosongkan atau pindahkan

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Perbezaan kajian Facebook dan Twitter: - Menurut Bicen & Cavus, pelajar menggunakan twitter untuk mengemas kini rutin dan menyatakan emosi mereka dengan menggunakan bahasa yang sesuai. - Menurut Madge (2019) pula, Facebook pula sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal bukannya alat pembelajaran formal. - Dunlap & Lowenthall (2019) menyatakan bahawa Twitter memberi impak besar dalam meningkatkan kehadiran sosial. - Blatner & Fiori (2009) pula menyatakan bahawa Facebook berkongsi faedah interaksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik melalui penggunaan kumpulan di Facebook. - Elavsky & Mislan (2011) menyatakan bahawa Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh manakala Blattner & Lomicka (2012) dalam kajian Facebook menyatakan bahawa pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka serta bacaan dan kebolehan menulis mereka dalam bahasa

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Image
Modal Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak [1] Keluarga Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari  Sehingga malam nanti Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti  Keluarga saya yang dicintai Saya sayang ibu dan bapa Abang, kakak, adik dan saudara Mereka semua ada bersama semasa saya memerlukan mereka Gambar di atas yang telah saya muat naik dalam facebook dan twitter merupakan gambar lukisan logo saya berkaitan dengan lirik lagu di atas. Logo tersebut membawa makna saya sayang akan keluarga saya. Tujuh orang lidi dalam logo tersebut ialah mak, bapa, kakak sulung, abang sulung, adik perempuan, saya dan adik bongsu lelaki saya. Walau susah macam mana sekalipun, saya akan mencintai mereka dengan menjaga nama baik keluarga saya. Ayat sehingga ke syurga membawa erti saya ingin bersama mereka hingga ke syurga. Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi K

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Image
Terdapat banyak nilai murni yang disampaikan dalam Cerita Sosial 5 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (Normaliza Abd Rahim, 2019). Nilai yang pertama ialah rajin menimba ilmu. Nilai ini ditunjukkan melalui sikap Alim yang suka membaca buku pada waktu petang dan malam. Nilai yang kedua ialah sikap pemurah. Contohnya, Alim yang suka berkongsi apa sahaja yang dia ada dengan Sulaiman, jirannya. Begitu juga dengan Sulaiman yang selalu berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim. Nilai yang terakhir ialah sikap tidak suka merungut. Contohnya, ketika Alim jatuh sakit, dia tidak banyak bercakap dan hanya tidur di bilik sahaja. Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1, 2 DAN 3 IMPLIKASI PEDAGOGI

Image
Rujukan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
Rujukan Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1,2 DAN 3 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Image
Rujukan Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2109) 4

Image
Cerita Sosial 4: Hati yang ditulis dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (Normaliza Abd Rahim, 2019) memaparkan banyak nilai murni. Antaranya ialah sikap berdikari. Nilai ini dapat dibuktikan melalui watak Alim. Walaupun dia masih kecil, dia sudah pandai memakai kasut sekolah, membawa botol air ke sekolah, mengemas katil dan banyak lagi. Seterusnya, terdapat juga nilai menghormati. Contohnya, Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua, mengucapkan terima kasih dan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Nilai yang terakhir ialah baik hati. Nilai ini ditunjukkan melalui sikap cikgu Anis. Cikgu Anis selalu mengajar Alim dan rakan-rakan sekelas Alim tentang perkara-perkara yang baik.  Rujukan Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Image
Rujukan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial . Terengganu. Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Image
Berdasarkan Cerita Sosial 2, dalam buku Kajian Wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis namun saya hanya akan menyatakan 3 daripada nilai tersebut sebagai memenuhi kehendak tugasan.  Nilai yang pertama ialah menjaga kebersihan. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui sikap ibu Alim. Semasa keluarga Alim menikmati buah-buahan yang dibawa oleh ayah, ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan itu. Ibu juga berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata tempat. Nilai yang kedua ialah bersedekah atau berkongsi makanan dengan jiran. Nilai ini ditunjukkan oleh sikap Alim. Dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berkongsi makanan iaitu buah-buahan yang dibeli ayah kepada Sulaiman, jiran sebelah rumah mereka. Alim mengatakan bahawa berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Nilai yang ketiga ialah sikap tolong-menolong. Nilai ini dapat dibuktikan melalui Alim ya

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).

Image
Gambar di atas merujuk kepada kepentingan asas grafik yang ditulis dalam buku Normaliza Abd Rahim, 2019 dalam buku beliau iaitu Multimedia dalam Bahasa. Dalam gambar tersebut, saya telah sertakan sedikit penerangan tentang kepentingan asas grafik. Selamat membaca dan memahami! Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
Gambar yang saya paparkan di atas adalah gambar yang saya lukis menggunakan Rule Of Thirds. Sebenarnya gambar ni cuma bayangan untuk menjelaskan bagaimana penggunaan Rule of Thirds ketika mengambil swafoto. Jadi, penggunaan teknik ini sangat penting untuk menghasilkan gambar yang cantik dan seimbang. Rujukan Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN

Image
Rujukan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial . Terengganu. Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan  ke 8.  Berdasarkan Cerita Sosial 2, dalam buku Kajian Wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis namun saya hanya akan menyatakan 3 daripada nilai tersebut sebagai memenuhi kehendak tugasan.  Nilai yang pertama ialah menjaga kebersihan. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui sikap ibu Alim. Semasa keluarga Alim menikmati buah-buahan yang dibawa oleh ayah, ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan itu. Ibu juga berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata tempat. Nilai yang kedua ialah bersedekah atau berkongsi makanan dengan jiran. Nilai ini ditunjukkan oleh sikap Alim. Dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berkongsi makanan iaitu buah-buahan yang dibeli ayah kepada Sulaiman, jiran sebelah rumah mereka. Alim mengatakan bahawa berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Nilai yang ketiga ialah sikap tolong-menolo

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Image
Bahagian A Nama: Noor EmmyWatie Binti Kasiman No. Matrik: 197266 STRATEGI KESOPANAN Bald on-record Contoh: Bersedia! Dengar sini… Berikan saya bakul besar itu. Lampu itu berwarna hijau. Jemput masuk. Jemput makan. Kesopanan Positif Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong? Boleh saya pinjam serratus ringgit? Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan? Kesopanan Negatif Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin! Tolong berikan saya pinggan putih itu! Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan? Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan. Off-record Wah, semakin sejuk dalam bilik ini. Mahal betul harga kasut di sini. Cantik baju kamu.  Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) Bahagian B Ringkasan cerita sosial 2 Cerita sosial 2 yang ditulis dalam buku wacana Prof Dr. Normaliza Abd Rahim mengisahkan tentang nasihat-nasihat yang diber

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Image
Bahagian A Jenis-jenis Shot Bahagian B Kepentingan Rule Of Thirds Sebelum ini, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis shot. Walaubagaimanapun, pengetahuan tentang jenis-jenis shot tidak mencukupi bagi seseorang yang berminat dalam dunia penggambaran. Mereka perlu mengetahui tentang teknik mengambil gambar yang tepat iaitu Rule of Thirds. Teknik ini digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Melalui paparan LCD atau pemidang titik, teknik ini dapat mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang penting dalam elemen sesebuah foto. Rule of Thirds boleh dijadikan sebagai bayangan ketika membingkai foto iaitu melalui kotak grid. Unsur-unsur penting dalam gambar boleh diletakkan dekat garisan dan persimpangan grid. Tidak seperti teknik ini, seseorang perlu bergerak banyak untuk mendapatkan komposisi terbaik sewaktu menangkap gambar n

BBM3410sATU2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Image
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.  (Normaliza Abd Rahim, 2014) Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017) Twitter merupakan salah satu laman sosial yang paling popular dan banyak digunapakai masyarakat dunia khususnya golongan remaja. Normaliza Abd Rahim, 2014 mengatakan bahawa individu lebih cenderung menulis penceritaan secara sendirian. Namun begitu, penulisan individu ternyata lebih besar cabarannya kerana sesetengah orang mempunyai keyakinan diri yang rendah d

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Image
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).Eh!!! Media Sosial. Terengganu, Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UMT).

BBM3401Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Image
PPT Bab 1 : Pekaka Bercerita : Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu PPT Bab 2 : Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Image
Assalamualaikum semua pembaca di luar sana. Hari ini saya nak berkongsi sedikit kegembiraan saya. Sebenarnya dah lama kegembiraan ni tapi baru berkesempatan untuk meluahkannya sekarang. Haaa, apa benda yang boleh buat korang rasa gembira tak terkata? Bagi saya dapat like dari Prof adalah satu kegembiraan yang sukar dijelaskan. Maklumlah Prof kata tak selalu buka instagram, sekali seminggu lah katakan. Walaupun Prof tak like semua gambar saya (heheeh, dah dapat paha, nak betis pula) tapi saya sangat bersyukur. Tambahan lagi bila Prof dengan rajinnya letakkan komen dalam gambar saya. Ya Allah, terharunya. Siap puji lagi gambar swafoto. Siapa yang tak gembira kan? Nampaknya tak sia-sia saya berswafoto sebanyak 10 keping. Hahahaha. Oklah, itu sahaja yang sudi saya kongsikan untuk kali ini.Terima kasih Prof sudi like dan comment gambar saya. Saya sayang Prof!

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

Pada minggu ke-5 sesi pembelajaran kelas Multimedia dalam Bahasa, Prof. Normaliza telah mengarahkan setiap ahli dalam setiap kumpulan memilih satu simpulan bahasa yang sesuai. Setelah memilih simpulan bahasa yang berkenaan, Prof menyuruh kami mengambil aksi berdasarkan maksud simpulan bahasa yang dipilih. Saya telah memilih "puteri lilin' yang bermaksud seseorang yang tidak suka berada di bawah terik matahari. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya yang lain. Video di atas menunjukkan gabingan kesemua ahli kumpulan saya dengan aksi mengikut simpulan bahasa yang dipilih masing-masing. Selamat menonton!

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Dalam video di atas, kami telah memaparkan 20 gambar yang berbeza dengan tema yang sama. Terdapat empat teknik fotografi yang kami gunakan semasa menangkap gambar tersebut iaitu, Jenis-jenis Flatlay: 1. Flatlay - 90' 2. Half Flatlay - 45' 3. Quarter Flatlay - 22.5' 4. Zero Fflatlay- 0'

BBM3410Satu2020:ASAS FOTOGRAFI

ASAS FOTOGRAFI Video di atas merupakan video kumpulan saya. Video ini memaparkan gambar-gambar yang diambil oleh ahli kumpulan saya yang menggunakan teknik fotografi yang telah dipelajari.

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Image
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK 1977) _____________________________________________________________________ Struktur Makro Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati  daripada topik/tema suatu teks ______________________________________________________________________ Superstruktur  Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan ______________________________________________________________________ Struktur Mikro Makna lokal daripada suatu teks yang dapay diamati  Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks ______________________________________________________________________ Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa teori yang telah digunakan antaranya teori analisis wacana kritis. Teori Analisis Wacana Kritis telah dibahagikan kepada beberapa elemen oleh VanDijk (1977) iaitu makro dan mikro,